Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 377

Resolusi 377 A Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,[1] atau resolusi "Bersatu untuk Keamanan", menyatakan bahawa sekiranya Majlis Keselamatan gagal bertindak kerana tiada kesepakatan oleh kelima-lima anggota tetapnya (P5) untuk mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa, Perhimpunan Agung hendaklah mempertimbangkan perkara tersebut dengan segera dan boleh memberi cadangan yang sesuai kepada anggota PBB untuk tindakan kolektif, termasuk menggunakan tentera bersenjata apabila perlu, untuk mengekalkan atau memulihkan keselamatan dan keamanan antarabangsa. Ia diterima pakai pada 3 November 1950, selepas empat belas hari Perhimpunan bersidang, dengan undian 52 setuju, 5 membantah dan 2 berkecuali.[2] Resolusi itu direka untuk memberikan PBB alternatif untuk bertindak apabila sekurang-kurangnya seorang anggota P5 menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang Majlis Keselamatan daripada menjalankan fungsinya yang dimandatkan oleh Piagam PBB.Bagi memudahkan tindakan pantas oleh Perhimpunan Agung apabila Majlis Keselamatan buntu, resolusi ini memberikan mekanisme "sesi khas darurat" (ESS).[3] Sesi khas darurat telah dipanggil di bawah prosedur ini sebanyak sebelas kali, dengan sesi terbaharu diadakan pada Februari 2022, untuk menangani pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Walau bagaimanapun, berbeza dengan ESS sebelumnya, ESS kesepuluh telah "ditangguhkan" dan "disambung semula" berulang kali lebih beberapa tahun yang lalu, dan ia masih ditangguh. Lebih daripada sepuluh "mesyuarat" telah diadakan oleh Perhimpunan, sementara ESS kesepuluh ditangguhkan, sejak 2000.[4]

Rujukan

WikiPedia: Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 377 http://www.undemocracy.com/A-RES-377(V) http://www.undemocracy.com/A-PV.302 http://www.undemocracy.com/A-PV.299/page_4/rect_12... http://www.undemocracy.com/S-RES-83(1950) http://www.undemocracy.com/S-RES-84(1950) http://www.undemocracy.com/A-PV.299 http://www.undemocracy.com/A-PV.300 http://www.undemocracy.com/A-PV.301 http://www.undemocracy.com/A-PV.299/page_4/rect_12... http://www.undemocracy.com/A-PV.299/page_4/rect_12...